Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya saja. (HR. Bukhari).

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghonimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sementara tidak dihalalkan bagi
manusia-manusia sebelum Nabi. (HR. Bukhari).

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HR. Bukhari).

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat
ibadah yang khusus. (HR. Ahmad).

5. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan
perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (HR. Bukhari).

6. Nabi Muhammad SAW diberi Syafa’at. (HR. Bukhari). Syafa’atnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (HR. Ahmad).

7. Rasulullah SAW diberikan “Jawami’ul Kalim”. (HR. Muslim) Yaitu kalimah yang ringkas tetapi
mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (HR. Muslim).

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (HR. An-Nisa’ei).

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (HR. Ahmad).

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (HR. Ahmad).

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (HR. Ahmad).

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (HR. Al-Bazzar).

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (HR. Al-Bazzar).

15. Mula-mula Qorin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. Kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qorin tersebut.

16. Dijadikan shaf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti shaf para malaikat. (HR. Muslim).

ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ

Wallahu a’lam… (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.