Muslimah silahkan dia perhatian!!!

Menutup bonjolan dada, bahagian yang timbul di dada wanita ialah wajib.

Dalilnya ialah firman Allah SWT:

ﻭَﻟَﺎ ﻳُﺒْﺪِﻳﻦَ ﺯِﻳﻨَﺘَﻬُﻦَّ
ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﺎ ﻇَﻬَﺮَ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﻭَﻟْﻴَﻀْﺮِﺑْﻦَ ﺑِﺨُﻤُﺮِﻫِﻦَّ ﻋَﻠَﻰ ﺟُﻴُﻮﺑِﻬِﻦَّ

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…” (An-Nuur: 31).

Menampakkan bentuk badan bagi wanita ialah haram dan termasuk mendedahkan aurat. Perbuatan memakai baju kurung yang
mengikut saiz atau bentuk badan dan ketat serta menampakkan bonjolon “BUAH DADA” adalah haram dan termasuk tidak menutup aurat.

Ramai muslimah terbiasa memakai tudung atau kerudung atau jilbab di atas dada, disimpangkan tudung sehingga
bahagian dada tidak ditutup lalu kelihatan terbonjol bahagian dada atau timbul kerana pakaian dalam.

Bonjolan atau bentuk buah dada wanita yang timbul dari balik pakaian ialah aurat yang wajib dilindung atau ditutup dari pandanganmata lelaki. Sedangkan gelang dikaki pun dilarang untuk dibunyikan, firman Allah SWT:

ﻭَ ﻻَ
ﻳَﻀْﺮِﺑْﻦَ ﺑِﺄَﺭْﺟُﻠِﻬِﻦَّ ﻟِﻴُﻌْﻠَﻢَ ﻣَﺎ ﻳُﺨْﻔِﻴﻦَ ﻣِﻦ ﺯِﻳﻨَﺘِﻬِﻦَّ ‘

“Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan.” [An-Nur: 31].

Maka bahagian dada yang tertimbul adalah lebih wajib ditutup kerana menarik perhatian
lelaki dan menjadi fitnah serta termasuk dalam aurat yang perlu ditutup..!

.