Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS…
Bukan kerana merah kilauan lipstik…
Pada bibir memekar senyuman kosmetik…
Tetapi pada kepribadian terpelihara…
Kelembutan, kesopanan menghiasi jiwa…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA…
Tidak pada kulitnya mulus menggebu untuk menggoda pandangan nafsu mata…
Tetapi pada kehidupan terjaga…
Dari menjadi mangsa dunia…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA…
Tidak kerana bijak meruntuhkan iman kaum Adam sehingga turunkan insan ke dunia…
Tetapi menjadi pembakar semangat pejuang agama…
Menjadi penunjang perjuangan
syuhada…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK…
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan…
Mengalir mutiara di kelopak mata…
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapak…
Pada hari kebangkitan bermula…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI…
Bukan hanya dalam rumah tangga…
Tetapi sentiasa bersama menempuh badai disisi suami tercinta…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU bukan karena kemewahan dimata…
Tetapi menjadi penghibur hati
permata kehidupan…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU…
Bukan terletak pada kebangkitan anak…
Tetapi dibawah lembayung kejayaan…
Membuai anak dikala suami menjalin impian…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA…
Tidak kerana berjaya menjadi
permaisuri Istana…
Tetapi jalinan kasih sayang…
Tulus hati membagi kasih setara pada semua…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK…
Bukan memberi harta dunia…
Sehingga generasi lupa…
Tetapi menjadi pada pembimbing…
Menjaring teladan para anbiya pada anak bangsa…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA…
Bukan karena menyandang puncak dunia…
Tetapi bijak menangkis rintangan…
Peka membela nasib dan harkat negara…
Menjadi tulang belakang keteguhan semua…

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS…
Bukan kerana menjadi sebutan…
Sehingga menjulang keegoan…
Tetapi dalam mencari ilmu…
Menyala obor mewangi setinggi profesi…

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH…
Bukan kerana keindahan paras rupa…
Sehingga menjadi fitnah…
Tetapi berpegang Akidah Sholehah…
Dibalik tirai jiwa…
Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah…
Mengharap keridhoan kehidupan
dunia akhirat…

.